Projek 29 kelas: Kesatuan KTMB tetapi pendirian ‘projek sakit’

Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM) tetap berpendirian projek 29 kelas yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada Syarikat Majestic dengan kerjasama Dallian dan CRRC adalah bermasalah dan dikategorikan projek sakit.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM) tetap berpendirian projek 29 kelas yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada Syarikat Majestic dengan kerjasama Dallian dan CRRC adalah bermasalah dan dikategorikan projek sakit.

Presidennya, Abdul Razak Md Hassan berkata, ia langkah itu memberi kesan negatif kepada KTMB dari sudut kehilangan sumber pendapatan, akibatnya pekerja turut terkena tempiasnya malah pekerja yang telah bersara juga masih gagal mendapat ganjaran persaraannya.

Wee memaklumkan pakar lokomotif dari CRRC tidak dapat melakukan kerja penyelenggaraan pada 2020 dan 2021 akibat penularan Covid-19.

Razak berkata, skop kontrak adalah sebanyak 20 buah lokomotif bukannya 10 buah lokomotif.

“Mengapa boleh dibenarkan untuk dipinda kepada 10 buah lokomotif sahaja?” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan.

Pemimpin kesatuan itu menambah, mengikut kontrak hendaklah disiapkan dalam tempoh tiga tahun sebanyak 20 buah lokomotif, malah lanjutan kontrak diberikan tiga kali tapi masih gagal disiapkan dan hanya mampu siapkan tiga buah unit.

“Wajarnya telah dikatogerikan projek sakit dan kontrak wajarnya dibatalkan, mengapa masih diberi peluang?”

Beliau turut menimbulkan persoalan berapa kerugian pendapatan KTMB bila berlakunya kelewatan dalam menyerahkan lokomotif kepada KTMB untuk beroperasi mengikut jadual.

“Alasan penularan COVID-19 tidak boleh diguna pakai disebabkan KTMB kekal beroperasi sebagai perkhidmatan perlu… maka semua kontraktor yang ada kaitan dengan KTMB juga diberi kelonggaran di bawah perkhidmatan perlu.

“Lanjutan kontrak juga diberikan dalam tempoh penularan COVID, mengikut maklumat tenaga kononnya pakar juga berada di Batu Gajah, mengapa menggunakan alasan COVID-19 kononnya tidak boleh datang ke Malaysia?” tambah beliau.

Razak juga menimbulkan persoalan mengenai kenyataan bahawa Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk penghantaran empat enjin lokomotif 29 kelas untuk diubah susia london.

“Ini luar biasa. Wajarnya buat dalam Malaysia yang kini dilaksanakan di Bengkel Batu Gajah. Mustahilkan kalau kata pakar tapi kena hantar balik ke London untuk dibaiki,” kata beliau.