MP PN: Perkukuh kesatuan dalaman kerajaan agar lebih efektif

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi perhatian kepada memperkukuh kesatuan dalaman Kerajaan terlebih dahulu sebelum memikirkan usaha ke arah kerjasama bipartisan.

MP-PN

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar berpendapat, tujuh tawaran yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini perlu diberi pertimbangan.

Menurut beliau, tawaran berkenaan bukan keutamaan memandangkan masalah yang timbul sebelum ini datangnya dari Ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan termasuk yang membuat ugutan untuk menarik sokongan.

“Tidak dapat kita nafikan bahawa sebelum ini, secara terbuka anggota-anggota Parlimen kita sendiri dalam BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) sendiri yang lantang memberi kritikan atau ugutan terbuka untuk menarik diri dan sebagainya.

“Oleh sebab itu keutamaan Datuk Seri Ismail Sabri ialah memastikan setiap anggota komponen dalam kerajaan hari ini, dapat kita satukan.

“Kita berharap tidak muncul dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan sendiri yang digunakan oleh pembangkang untuk menampakkan lemah dan tidak efektifnya kerajaan yang ada,” katanya kepada Astro AWAN, di sini.

Leave a Reply