63 pemimpin UNI-MLC dilantik Ahli Panel Mahkamah Perusahaan penggal 2022-2024

Presiden Mahkamah Perusahaan, Reihana Abd Razak menyampaikan surat pelantikan sebagai Ahli Panel Mahkamah Perusahaan kepada Mohd Effendy Abd. Ghani. Turut hadir Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal (tiga dari kiri).

KUALA LUMPUR: Seramai 63 orang pemimpin kesatuan gabungan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) menerima surat pelantikan sebagai Ahli Panel Mahkamah Perusahaan di sini, Khamis lepas.

Pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun mulai tahun ini.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ini kali kedua pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan UNI-MLC dilantik sebagai Ahli Panel Mahkamah Perusahaan.

“Sebelum ini adalah dari tahun 2020 hingga 2022,” kata beliau kepada Workers Times, semalam.

“UNI-MLC melihat pelantikan ini sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan kepada perjuangan kami dalam menjaga kepentingan pekerja,” kata beliau.

Surat pelantikan telah disampaikan oleh Presiden Mahkamah Perusahaan, Reihana Abd Razak.

Menurut Shafie, Presiden Mahkamah Perusahaan telah menasihatkan ahli-ahli panel yang dilantik agar menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab selari dengan fungsi sebagai seorang ahli panel.

Selain itu kata Shafie, Reihana juga telah menasihatkan agar ahli-ahli panel yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas yang “mesra pelanggan”.


Presiden Mahkamah Perusahaan, Reihana Abd Razak menyampaikan surat pelantikan sebagai Ahli Panel Mahkamah Perusahaan kepada Rafidah Hussin.
Presiden Mahkamah Perusahaan, Reihana Abd Razak menyampaikan surat pelantikan sebagai Ahli Panel Mahkamah Perusahaan kepada V. Mathialaghan.