60 peratus pekerja di Malaysia sokong sistem kerja empat hari seminggu

Kajian Qualtrics juga menunjukkan 62 peratus pekerja Malaysia memilih sistem kerja empat hari seminggu.

KUALA LUMPUR: Dalam pada idea bekerja empat hari seminggu terus mendapat perhatian di seluruh duniam terutama selepas dibadai pandemik COVID-15, satu kajian menunjukkan 60 peratus pekerja penuh masa di Asia Tenggara memilih fleksibiliti untuk bekerja bila-bila masa berbanding dengan kurang satu hari bekerja (37%).

Kajian Qualtrics juga menunjukkan bahawa bagi pekerja di Malaysia, pilihan fleksibiliti lebih tinggi, dengan 62 peratus memilihnya berbanding minggu bekerja yang lebih pendek (48 peratus).

Fleksibiliti juga pendorong yang lebih besar untuk syarikat mengekalkan pekerja (66 peratus) berbanding bekerja empat hari seminggu (50 peratus) di Asia Tenggara, kata firma itu menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Ia menambah, dengan organisasi Asia Tenggara terus memperhalusi cara bekerja selepas dua tahun bekerja jarak jauh, dan pemimpin di Malaysia masih berbahas kebolehlaksanaan amalan bekerja empat hari seminggu, kajian merea menunjukkan kepentingan berjaya menjajarkan program baharu yang diterima pakai dengan keperluan dan jangkaan pekerja.

“Bagi sepertiga pekerja di Asia Tenggara (33 peratus), fleksibiliti bermakna kebebasan menentukan jam bekerja.

“Selebihnya mentakrifkan fleksibiliti sebagai keupayaan bekerja dari mana-mana lokasi (24 peratus), memilih hari mereka bekerja (19 peratus) atau dinilai berdasarkan prestasi, bukan bilangan jam bekerja (18 peratus). Responden daripada Malaysia menyuarakan pilihan yang sama,” kata Qualtrics.

Kata firma itu lagi, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari, tetapi ada perkara yang membimbangkan mereka.

Menurut Qualtrics, meskipun majoriti pekerja memilih fleksibiliti jika diberi pilihan, 86 peratus daripada responden di Asia Tenggara bersedia menyokong majikan mereka melaksanakan minggu bekerja empat hari – kebanyakannya melihat penambahbaikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sebagai sebabnya.

Kebanyakan responden termasuk responden dari Malaysia percaya bahawa bekerja empat hari seminggu meningkatkan keseimbangan kidup bekerja (86 peratus) dan kesejahteraan mental (82 peratus), produktiviti (83 peratus) dan membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan mereka.

“(Seramai) 60 peratus responden di Asia Tenggara sanggup dipotong gaji untuk bekerja kurang sehari dalam seminggu, manakala 54 peratus daripada responden di Malaysia kurang sanggup,” kata kenyataan itu.

Ia seterusnya berkata, walaupun pelbagai program rintis bagi minggu bekerja empat hari menunjukkan banyak manfaatnya – seperti peningkatan kesejahteraan di Iceland dan peningkatan produktiviti di Jepun – banyak responden percaya bahawa akan ada timbal balas.

“Hampir tiga perempat (72 peratus) di Asia Tenggara mengatakan bahawa mereka jangkakan masa bekerja mereka akan menjadi lebih panjang, manakala 58 peratus mengatakan bahawa pelanggan akan kecewa, dan prestasi syarikat akan terjejas.

“Di Malaysia, responden mengatakan tempoh bekerja lebih panjang (68 peratus), pelanggan yang kecewa (62 peratus) dan prestasi syarikat (65 peratus) sebagai perkara yang paling membimbangkan mereka,” jelas Qualtrics

Dalam pada pekerja menyesuaikan diri mereka dengan perubahan landskap ini, dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu yang dilaksanakan ialah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, dan memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jauh.

Ini ialah langkah yang diambil terhadap 72% daripada responden yang mengatakan bahawa pekerjaan mereka adalah penyumbang utama kepada cabaran kesihatan mental. Walaupun bilangan responden yang serupa daripada Asia Tenggara mengatakan bahawa bekerja jarak jauh telah memberi impak positif (25%) dan negatif (25%) ke atas kesihatan mental mereka, ia berbeza bagi responden daripada Malaysia – dengan lebih banyak responden tempatan yang mengalami impak positif (30% positif, berbanding 22% negatif).

Dua pertiga (67%) daripada responden di rantau ini merasakan bahawa kemajuan kerjaya mereka akan terjejas jika mereka waktu kerja mereka fleksibel. Gabungan dapatan ini mendapati kepentingan memahami keperluan individu dalam tenaga kerja untuk mendayakan majikan mengambil tindakan bersasar yang memastikan tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan.

Kajian ini dijalankan pada bulan Mei 2022 merangkumi seramai 3,415 responden berusia 18 tahun atau responden lebih berusia yang bekerja sepenuh masa atau secara sambilan merentasi pelbagai industri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Soalan yang berkaitan dengan minggu bekerja empat hari hanya dijawab oleh pekerja sepenuh masa, yang berjumlah 2,846 responden, kataQualtrics. Seramai 557 responden daripada Malaysia.